Thinking +ve ^_^

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia..
{huhu...jawab jawab jangan tak jawab}



Perrrgghhhh...

Lame gler tak update blog neyh..da berhabuk habeyh keyboard laptop neyh...
hahaha..actually, busy laa coz sPm kat depan tu jehh..
*gelabah jap..takottakot*



Iklan jap: to my chayangg Hanis, Dyra and Farah Idayu, u all sehat tak?rajen2 la usha blog I,kayh!!

hahaaha...


nak dijadikan setoli, on Tuesday bebaru neyh i went to my school's library...

chekgu2 banyak MC so g library for studystudy...maklumla sPm kat depan tu jehh..
hehehe..
after finished doing my homework..
g usha BF..BF?= bukan fiksyen la...hehehe...
then then terpandang satu buku yang agak menarek tertarek memang de bomm...
^_^

PEMIKIRAN POSITIF CARA ISLAM, JALAN HIDUP BAHAGIA TENANG DAN YAKIN by Wan Aznan Wan Abdullah..



disebabkan akhir - akhir ney banyak problemo0 *1001 masalah..huhuhu* so0o....

for me buku ney very very and very INTERESTING..
so today lepas bace je beberapa bab and feel like nak share sharing with sape2 je yang membaca..
this buku memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tade lapisan lapisan yang terkecawali...
*peacepeacepeace*


Kata - kata aluan
*cewahcewah*



Kebahagian dan Ketenangan Ada di mana - mana...


sooo renung - renunglah.....




Musibah, mala petaka, tragedi dan kepayahan hidup boleh meninmpa sesiapa sahaja mengikut kehendak hidup ALLAH SWT. Sekiranya perkara sedemikian melanda siri kita, jangan sekali - kali kita berpatah hati, berdukacita dan jangan hilang semangat untuk meneruskan hidup dengan RANCAK dan PENUH HARAPAN. Ketahuilah bahawa semua musibah atau bencana hidup itu sebenarnya merupakan ujaian dan cubaan ALLAH SWT ketas para hamba - hamba-Nya.


Penderitaan, kesempitan hidup, kegagalan dan masalah yang menimpa diri kita mengandungi rahsia dan hikmah yang tidak ternilai harganya.
Beruntung dan bahagialah golongan mukmin yang sedar dan dapat melihat bahawa musibah - musibah yang melanda hidup mereka adalah petanda - petanda kecintaaan dan kasih sayang ALLAH SWT terhadap para hamba-Nya.



Dalam mengejar cita - cita untuk bahagia dan berjaya, biasanya kebanyakkan daripada kita akan menghadapi sedikit sebanyak rintangan dan halangan. Namun begitu, ada juga segolongan yang terpaksa menghadapi rintangan dan halangan yang amat perit dan tidak pernah putus - putus. *so bertuahla kita yang di uji cheputt2 je..haaa*. Andai kata kita termasuk ke dalam golongan kedua itu, jangan sekali - kali kita mudah hilang semangat berpatah hati dan berputus asa.



Ingatlah bahawa ke semua rintangan dan halangan tersebut adalah dugaan daripada ALLAH SWT . Semakin besar dugaan yang terpaksa ditempuhi, semakin besarlah ganjaran dan rahmat yang akan kita perolehi daripada ALLAH SWT kelak. Putus asa terhadap rahmat ALLAH SWT adalah satu DOSA BESAR... *ingattt*



Jika kita ditimpa musibah, kita harus berikhtiar untuk menyelesaikannya. Begitu juga jika kita ingin hidup yang lebih baik untuk diri dan juga keluarga, kita harus berikhtiar mencari jalan untuk mencapai sesuatu...



Ketahuilah bahawa sesuatu yang berlaku itu, sama ada yang baik mahupun yang buruk, semuanya adalah menurut ketentuan (qadak) ALLAH SWT. Kita sebagai hamba-Nya wajib patuh kepada ketentuan - ketentuan tersebut dengan dada yang terbuka kerana ketentuan - ketentuan itu, sama ada seiring dengan keinginan kita atau sebaliknya, adalah yang terbaik untuk hamba-Nya mengikut ilmu dan kebijaksanaan ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengatur.



^_^
da selesai menaip sedikit sebanyak yang terkandung dalam buku motivasi ney...huhu...

actually da lenguh tambah sEngal jari jemari ku... hahaha..
kebetulan today is FRIDAY/ JUMAAT...haaa.....
anggap la coretan ney as TAZKIRAH JUMAAT dari ustazah(saya la tu)..
hehehe...




n_n:
Salam sayang dari saya...


SELAMAT MEMBACA
dan
AMALKANLAH BUDAYA BERFIKIR SECARA
POSITIFFF!!

***tak rugi pun kalau mengAMALKANnyer..



Facebook Comment Source : Facebook Comment

0 orang baik ✿: