Dapur Cinta Suami Isteri

Assalammualaikum semua , sihat ? Alhamdulillah

Ramai wanita inginkan suami yang ringan tulang untuk membantu dalam hal perihal kemas mengemas serta masak memasak di rumah. Maklumlah zaman sekarang ini wanita tiada beza dengan lelaki yang sama-sama berusaha meningkatkan ekonomi rumah tangga yang secara tak langsung sebenarnya telah membantu suami yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka untuk menyara keluarga. Jadilah kan.. apa lah salahnya suami membantu meringankan beban isteri pula meringankan hal perihal rumah. Jika di ikutkan itu pun tugas suami sebenarnya. Tetapi wanita melayu kita dahulu ni memang tinggi budi pekertinya serta kaya budi bahasanya lantas perkara ini seakan menjadi kewajiban pula sedangkan tidak begitu.


Tahu atau tidak jika suami isteri sama-sama memasak didapur perkara ini akan mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Tidaklah isteri tertekan dan bosan di dapur, sudahlah penat berkerja membantu suami untuk ekomoni rumah tangga, ingatkan habis waktu pejabat bolehlah berehat seperti suami, rupanya masih banyak kerja lagi perlu dibereskan keseorangan. Kesian kan?. Jika naif sangatlah kan sampai nak masak pun tak pandai, paling kurang pun tolong 'clean & clear' kan segala mangkuk dan periuk belanga yang telah digunakan itu pun sudah memadai buat isteri. Jangan jadi suami yang hanya pandai menganga mulut untuk makan je. Tak adil la macam tu! (-_-)v

Tetapi itu mungkin hanya sebahagian saja kan. Mungkin ramai lelaki yang sedar akan tanggung jawabnya turut sama membantu isteri di dapur. Mungkin ada juga yang langsung tidak pandai memasak tetapi atas keperihatinannya hendak juga memasak bersama-sama isteri. Lelaki jenis ini biasanya berkerja keras untuk menjadikan masakannya menjadi sedap. Ada juga suami yang memasak yang rasanya sangat sedap walaupun bila di makan, membuatkan seakan lebih rela minum air kunyit satu botol besar ehehe.. Tapi tak mengapalah, sekurangnya masaklah juga membantu isteri di dapur dari setengah kaum hawa yang tak reti memasak langsung tu kan, kemudian malas pula nak kemas rumah..ehehe.. (-_-)v

Tahu atau tidak sebenarnya kecenderungan seorang suami untuk membantu isterinya memasak serta mengemas rumah itu juga bermula dari seorang wanita??. Oleh itu saya menyeru supaya para Ibu yang punyai anak lelaki untuk mengasuh anak lelakinya untuk turut sama di dapur membantunya memasak dan ajarlah bagaimana nak memasak yer... Jangan asyik suruh anak perempuan saja di dapur memasak sedangkan anak lelaki leka dan lalai menonton TV ataupun bermain game. Jika ini tidak di ambil berat dan direlakan untuk berlaku makanya apabila anak lelaki anda berkahwin nanti, usah berkecil hati jika anak menantu perempuan anda mengadu pada anda bahawa suaminya sedikit pun tidak membantu hal perihal rumah sebagaimana anda mengadu pada mak mertua anda akan hal yang sama......... renung-renungkan...



Petikan ini 100% dipetik dari MawarCinta

Assalammualaikum :)

Tontonan semua , MashaAllah .. Subhanallah .. Ya ALLAH , semoga aku dan bakal suamiku juga tergolong diantara mereka yang bahagia , beriman dunia dan akhirat .. Amiin Amiin


Kasih kepada Allah .. 14 FEBUARY 2013 ?

Assalammualaikum wbt . Saya Islam dan saya sayang Allah swt .. 14 Febuary tarikh semalam .. ye la semalma hari khamis . Game Real Madrid vs Manchester United draw 1-1 .. CR 30', Welbeck 20'..
Ok ok bukan pasal bola nak citer kat you'll .
Saya masih blurr dan tercari cari kena masih ada segelintir masih menyambut 14Febuary setiap tahun padahal dia tahu dia tu Islam dan tak layak dan tak boleh sambut .. Berdosa besar kalau sambut dan boleh jatuh kafir kalau tetap nak sambut .. Nauzubillah :( sedih dengan segilintir umat Islam ..


Kaseh sayang Lillahi Taala itu tiada sambutan yang perlu ditentukan harinya, setiap hari tebarkan lah cinta dan kaseh sayang ke seluruh alam mengikut kesesuaian. Raikanlah cinta di setiap hari-hari Lillahi Taala.


Ilahi...Ilahi…
Inikah petanda dekatnya dunia pada akhir kehancurannya. Kemenangan jadi setiap impian menghalalkan segala cara.
Inikah petanda sebenarnya kesombongan akhir peradaban manusia. Saling mengejar saling menindas hancurkan semua.
Nuraniku mulai menangis kerana tak diperlukan lagi. Tinggalkan kebenaran agungkan kesombongan. Inikah petanda dari Mu
Ya Allah...
Inikah petanda dekatnya dunia pada akhir kehancurannya. Serakah manusia cipta petaka penuhi nafsu mereka.
Sedih pedih perih bumi mulai menitis menyaksikan gelagat manusia. Kiri dan kanan tiada bezanya hancurkan semua.
Nuraniku mulai menangis kerana tak diperlukan lagi. Tinggalkan kebenaran agung kan kesombongan. Inikah petanda dari Mu. Jernihkanlah hati tenteramkan jiwa agar diri ini selalu dekat denganNya. Nikmati anugerah Yang Maha Kuasa usah Persia…
Nuraniku mulai menangis kerana tak diperlukan lagi. Tinggalkan kebenaran agungkan kesombongan.
Inikah petanda dari Mu

Oh Allah , Ya Allah


"Oh Allah, if my intended action is better for my religion and my faith, for my life and my death, for this world and the next, then make it destined and easy for me, and give me Your blessings for it. Ameen..."


Photo: "Oh Allah, if my intended action is better for my religion and my faith, for my life and my death, for this world and the next, then make it destined and easy for me, and give me Your blessings for it. Ameen..."

Wanita dan Rahim

Assalammualaikum kakak-kakak , makcik-makcik dan semua ibu-ibu dan bakal ibu yang sedang mengandung . Eh , pakcik buat apa ke sini ? Oh pakcik Rahim ea ..
*nampak tak lawak tak jadi?*

Hari ni saya nak kongsi tentang wanita dan Rahim .. bukan pakcik Rahim tadi ea. Rahim wanita .. Setiap wanita mempunyai satu sahaja rahim. .

Info diperoleh dari MawarCinta
..................................................



RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim. Hargai Ibu jika mereka masih disisi . Kalau yang telah tiada sedekahkan al-Fatihah .. Assalammualaikum

10 Febuary 2013

Hola hola chikebumbumbumbumm

*ehemehem* Assalammualaikum , sihat semua ? Acaner sambutan Chinese New Year ? ada ke reader saya yang berbangsa cina ? eh jap saya ni ada ke reader setia ? siapa saya nak ada reader bagai ?

Saya bukan blogger terkenal chikebumbumbum pun .. *tarik tisu sekeping lap airmata*

Tapi takpa , tujuan blog ni wujud pun bukan untuk kejar kemewahan atau kejar populariti ye dak ? ia bertujuan suka suka sahaja , oraite u'all ?

Saja nak berkongsi dengan korang , korang tanak tahu pun takpe ... i tak kisah pun u'all ! 
Actually ada yang bertanya kemanakah hilang saya selama ni .. ye la sedar sedar setahun saya stop blogging .. tak sengaja pun lagipun masalah study .. busy weh ! dan masalah yang saya hadapi adalah blogskin .. " saya dok tahu guno " .. hahahaaaa..

Tahun 2013 ni baru gatal tangan nak blogging balik .. Please please terima saya ye kenkawan sekalian ! mohon beri tunjuk ajar yee ...


Eh jap jap ghasonyo sompat lagi eden nok ngucap HAPPY NEW YEAR ! May Allah bless you with more successful ! And Remember ALLAH always !
ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

XOXO,

Kisah Drama Setia Hujung Nyawa by Suhan Movies

Assalammualaikum .. Kali ni hati saya terbuka nak cakap pasal drama yang digilai ramai iaita itu Setia Hujung Nyawa dislot Akasia tv3 by Suhan Movies. Cerita ni pun baru je habis semalam .. Bahangnya mungkin lagi terasa .. MOHON TV3 TUKAR SLOT AKASIA PUKUL 6-7 PETANG , TAKLAH TERGANGGU MASA MAGHRIB UMAT ISLAM . HARAP MAKLUM YE !

Pada saya drama ni best ! A few days ago saya terbaca dan tertarik pada beberapa tweets yang kutuk, puji drama Setia Hujung Nyawa . Ini pun boleh saya katakan pendapat masing masing . Macam macam tomahan dan cacian yang saya terbaca secara tak sengaja dilaman Twitter . Paling menarik adalah " Tunaikan fardhu maghrib lebih elok dari menonton drama maksiat Setia Hujung Nyawa" . Ayatnya lebih kurang saya pun lupa nak print screen . Ayat dia memang menarik . Dan dalam entri ni bukan pasal drama Setia Hujung Nyawa yang saya nak cerita tetapi tentang ayat orang tu ..

Saya nak tanya , drama apa yang tak ada unsur maksiat ? Beri saja apa pun tajuk drama atau filem semuanya berunsurkan maksiat . Kenapa ? Ye la yang berlakon tu bukan semua pelakon yang ada ikatan suami isteri atau keluarga yang sah . Betul tak ? Jadi secara ringkasnya semua tu maksiat la. Berpelukkkan sana sini , berpegangan tangan , bermesra bagai .. Kalau empunya ayat tu terbaca entri ni Mohon terbitkan drama atau filem yang tiada unsur maksiat .. Bagaimana ? Ajaklah semuaaaaaaaa ahli keluarga awak berlakon , so  tiadalah maksiat :)


Akhir kata , Kalau tak nak hati sakit campak TV anda ke laut .. Assalammualaikum :)

Drama SAHARA di Astro Prima

Assalammualaikum . Senang cerita saya juga salah seorang daripada masyarakat Malaysia yang menonton drama Sahara ni . Saya tertarik dengan drama ni sebab 1- Salah seorang pelakonnya adalah seorang yang sangat dikenali dan dekat dengan saya. 2- sebab Heroin dalam drama ni berpurdah atau berniqob dan sebab ke 3 adalah drama ini berunsurkan Islamik .


Drama ni ditayangkan setiap hari Isnin-Khamis pada pukul 5petang di Astro Prima. Boleh dikatakan saya tak pernah miss setiap episode. But now dah habis dan happy ending :)
Lately ni , drama ni mendapat kritikan yang sangat negatif. Pada saya itu semua pendapat masing-masing . "Siapa lagi nak sokong drama melayu kalau bukan kita ?" . Setiap orang ada buat silap . Kadang-kadang silap tu kita tak nampak pun orang yang disekeliling je yang nampak. Dan pada yang berperanan sebagai orang sekeliling tu perlu beri nasihat positif bukan negatif .



Sebenarnya dalam entri ni saya cuma nak cakap pasal pendapat saya saja . Ye la , pendapat kita berbeza-beza . Apa yang saya nampak drama atau filem melayu yang dilakonkan atau jalan ceritanya semua pasal benda yang terjadi disekeliling kita atau pernah terjadi pada kita (kebanyakkannya) .. Lebih kurang macam mungkin penerbit atau penulis skrip ada pengalaman tentang sesuatu benda . Jadi dalam cerita Sahara ni mungkin hal ini pernah terjadi , tak mustahil pun pada saya . Heroinnya pakai purdah atau niqob . Pendapat masyarakat , marah sebab heroin dia macam mempermainkan niqob . Sebab Sahara tu pegang tangan lelaki . Nak tanya which scene yang si Sahara tu pegang tangan lelaki ? Pada saya dia terpegang sebab protect diri dia dari jatuh dan nasib baik lelaki tu selamatkan dia. Haaa, lagipun watak Sahara tu hanya bertudung dan berniqob HANYA dalam drama itu saja. Lagipun ni semua hanya lakonan . Jangan emo sangat ..



Kedua , orang marah bila si Izlan (hero) terpekik-pekik tetengah sekolah agama jerit "SAHARA I LOVE YOU" . Yang ini saya tak faham kenapa orang marah pasal part ni ..


Akhir sekali , kalau tak nak hati sakit campak TV anda ke laut :) Assalammualaikum