Lilypie Angel and Memorial tickers

Drama SAHARA di Astro Prima

Assalammualaikum . Senang cerita saya juga salah seorang daripada masyarakat Malaysia yang menonton drama Sahara ni . Saya tertarik dengan drama ni sebab 1- Salah seorang pelakonnya adalah seorang yang sangat dikenali dan dekat dengan saya. 2- sebab Heroin dalam drama ni berpurdah atau berniqob dan sebab ke 3 adalah drama ini berunsurkan Islamik .


Drama ni ditayangkan setiap hari Isnin-Khamis pada pukul 5petang di Astro Prima. Boleh dikatakan saya tak pernah miss setiap episode. But now dah habis dan happy ending :)
Lately ni , drama ni mendapat kritikan yang sangat negatif. Pada saya itu semua pendapat masing-masing . "Siapa lagi nak sokong drama melayu kalau bukan kita ?" . Setiap orang ada buat silap . Kadang-kadang silap tu kita tak nampak pun orang yang disekeliling je yang nampak. Dan pada yang berperanan sebagai orang sekeliling tu perlu beri nasihat positif bukan negatif .



Sebenarnya dalam entri ni saya cuma nak cakap pasal pendapat saya saja . Ye la , pendapat kita berbeza-beza . Apa yang saya nampak drama atau filem melayu yang dilakonkan atau jalan ceritanya semua pasal benda yang terjadi disekeliling kita atau pernah terjadi pada kita (kebanyakkannya) .. Lebih kurang macam mungkin penerbit atau penulis skrip ada pengalaman tentang sesuatu benda . Jadi dalam cerita Sahara ni mungkin hal ini pernah terjadi , tak mustahil pun pada saya . Heroinnya pakai purdah atau niqob . Pendapat masyarakat , marah sebab heroin dia macam mempermainkan niqob . Sebab Sahara tu pegang tangan lelaki . Nak tanya which scene yang si Sahara tu pegang tangan lelaki ? Pada saya dia terpegang sebab protect diri dia dari jatuh dan nasib baik lelaki tu selamatkan dia. Haaa, lagipun watak Sahara tu hanya bertudung dan berniqob HANYA dalam drama itu saja. Lagipun ni semua hanya lakonan . Jangan emo sangat ..



Kedua , orang marah bila si Izlan (hero) terpekik-pekik tetengah sekolah agama jerit "SAHARA I LOVE YOU" . Yang ini saya tak faham kenapa orang marah pasal part ni ..


Akhir sekali , kalau tak nak hati sakit campak TV anda ke laut :) Assalammualaikum


Facebook Comment Source : Facebook Comment

0 orang baik ✿: