Lilypie Angel and Memorial tickers

Dapur Cinta Suami Isteri

Assalammualaikum semua , sihat ? Alhamdulillah

Ramai wanita inginkan suami yang ringan tulang untuk membantu dalam hal perihal kemas mengemas serta masak memasak di rumah. Maklumlah zaman sekarang ini wanita tiada beza dengan lelaki yang sama-sama berusaha meningkatkan ekonomi rumah tangga yang secara tak langsung sebenarnya telah membantu suami yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka untuk menyara keluarga. Jadilah kan.. apa lah salahnya suami membantu meringankan beban isteri pula meringankan hal perihal rumah. Jika di ikutkan itu pun tugas suami sebenarnya. Tetapi wanita melayu kita dahulu ni memang tinggi budi pekertinya serta kaya budi bahasanya lantas perkara ini seakan menjadi kewajiban pula sedangkan tidak begitu.


Tahu atau tidak jika suami isteri sama-sama memasak didapur perkara ini akan mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Tidaklah isteri tertekan dan bosan di dapur, sudahlah penat berkerja membantu suami untuk ekomoni rumah tangga, ingatkan habis waktu pejabat bolehlah berehat seperti suami, rupanya masih banyak kerja lagi perlu dibereskan keseorangan. Kesian kan?. Jika naif sangatlah kan sampai nak masak pun tak pandai, paling kurang pun tolong 'clean & clear' kan segala mangkuk dan periuk belanga yang telah digunakan itu pun sudah memadai buat isteri. Jangan jadi suami yang hanya pandai menganga mulut untuk makan je. Tak adil la macam tu! (-_-)v

Tetapi itu mungkin hanya sebahagian saja kan. Mungkin ramai lelaki yang sedar akan tanggung jawabnya turut sama membantu isteri di dapur. Mungkin ada juga yang langsung tidak pandai memasak tetapi atas keperihatinannya hendak juga memasak bersama-sama isteri. Lelaki jenis ini biasanya berkerja keras untuk menjadikan masakannya menjadi sedap. Ada juga suami yang memasak yang rasanya sangat sedap walaupun bila di makan, membuatkan seakan lebih rela minum air kunyit satu botol besar ehehe.. Tapi tak mengapalah, sekurangnya masaklah juga membantu isteri di dapur dari setengah kaum hawa yang tak reti memasak langsung tu kan, kemudian malas pula nak kemas rumah..ehehe.. (-_-)v

Tahu atau tidak sebenarnya kecenderungan seorang suami untuk membantu isterinya memasak serta mengemas rumah itu juga bermula dari seorang wanita??. Oleh itu saya menyeru supaya para Ibu yang punyai anak lelaki untuk mengasuh anak lelakinya untuk turut sama di dapur membantunya memasak dan ajarlah bagaimana nak memasak yer... Jangan asyik suruh anak perempuan saja di dapur memasak sedangkan anak lelaki leka dan lalai menonton TV ataupun bermain game. Jika ini tidak di ambil berat dan direlakan untuk berlaku makanya apabila anak lelaki anda berkahwin nanti, usah berkecil hati jika anak menantu perempuan anda mengadu pada anda bahawa suaminya sedikit pun tidak membantu hal perihal rumah sebagaimana anda mengadu pada mak mertua anda akan hal yang sama......... renung-renungkan...



Petikan ini 100% dipetik dari MawarCinta

Assalammualaikum :)

Tontonan semua , MashaAllah .. Subhanallah .. Ya ALLAH , semoga aku dan bakal suamiku juga tergolong diantara mereka yang bahagia , beriman dunia dan akhirat .. Amiin Amiin




Facebook Comment Source : Facebook Comment

0 orang baik ✿: