Lilypie Angel and Memorial tickers

Inilah fakta


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampaidia mati.

LOVEBITE !

Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.






Nahh .. Ni lah kelebihan lovebite .. nak cari sangat penyakit .. Sedapnya 5 minit je tapi nak tanggung seumur hidup .. Astagfirullah ..mintak dijauhilah segala maksiat ..Amiin ^___^

Bergaya itu CANTIK

Hai korang .. yeyn nak ajak korang tengok gambar je .. Pasal high heels , kasut tumit tinggi .. pastinya gadis gadis, wanita wanita sekalian mengemarinyaa .. betul dak ?heee


haa yeyn bukan jual kasut online eh :D ..
CANTIK KAN? TAPI . . . . . . .





Nak bergaya memang seronok ..sebab cantikkan ? Pernah ke terfikir sejenak pasal benda ni ? emm renung - renung la bersama ^__^v

okaybyee

Sebuah pengorbanan dan keikhlasan

Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc (chatting). Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di irc. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila bila masa tetapi Hazlan lain pula. Dia memang jujur dan berterus terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC. Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC. Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas. Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC. Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul. Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan. Nurheart : Lan ... Hensemboy : Ira ... maaf saya tak dapat masuk malam itu. Nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya? Hensemboy : Maaf ... saya tak sempat menghubungi awak. Maaf ... Nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat? Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba tiba senyap. Shahirah menungqu dengan sabar namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa. "Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. "Aku tak faham betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia? "Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah. "Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan. Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam. Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC malam ini. Sekurang kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC. Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya. Hensemboy : Ira ... awak marah saya ke? Nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu tidak mahu berbual dengan saya? hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu. Nurheart : Kenapa? Hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat? Nurheart : Awak teruk ke? Hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai .... saya hilang darah yang banyak ... saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6. Nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana? Hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini ... menanti orang membantu saya. Nurheart : Maksud awak? Hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah. Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Haz1an. Tiba tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan sdpaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah curah bercampur sedih dan takut. Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi

The Tallest Building in the World


Assalammualaikum semua .. Salam Ahad ..buat apa je hari ni ? takan tido je ?heee ...
tak kisah la memana pun korang nak pegi , jaga diri baik baik eh ^__^


okay , entri hari ni yeyn nak share pasal THE TALLEST BUILDING IN THE WORLD .. ehem ehem ..budak senibina kan ..hahaha .. sesaja la search tadi pasal SKYSCRAPER sebab tengah layan lagu skyscraper singing by demi lovato .. pastu pastu nak share nak korang sebab macam menarik je ..




BURJ KHALIFA, DUBAI


WARSAW RADIO MAST


CN TOWER


TAIPEI 101


PERTONAS TWIN TOWER


EMPIRE STATE BUILDING


EIFFEL TOWER


GREAT PYRAMID


tak banyak gambar2 yang yeyn share dengan korang ...hee .. haa terima kasih la kepada Google Image , dan youtube yang sudi membantu yeyn menjayakan entri ni ..hehee

Kisah Cinta .. Cinta memang indah



Penah dengar lagu ni ? tak penah rugi la..dengar lerr best oo ..

CINTA MUKA BUKU .. jangan salah faham bukan pasal lagu ni yeyn nak cerita kat korang .. ni pasal orang yang bercinta di facebook / muka buku .. siap buat Jejaka A is relationship with Gadis B tak pun Gadis C is relationship with Jejaka D ..macam tu la lebih kurang ..hehe.. show whole world hampa couple ... tudiaa bukan nak buat buat cerita ni kenyataan la.. kat wall diorang mesti penuh " I LOVE YOU" , " I MISS YOU " .. post bebanyak kali lak tu .. * okay fine yeyn jealous ..haha * pendek kata ..diorang bercinta bagai nak rak , tengok profile picture perghh siap peluk peluk , kissing bagai .. kalau kat gambar banyak2 tu mana je ada si jejaka or si gadis pasti bertempek gak muka si gadis or si jejaka .. huh ! pastu orang like , comment bebanyakk.. antara commentnya ada " sweetnyeee korang " , " cepat2 la hampa kawen aku lapaq nasik minyak nih " , " awww sweet la both of u " , "comelnya gf kau " tak pun  " handsome giler pakwe ko " dan sebagainya..

fuhhhh ..hehe .. eh tayoh nak bercinta sangat la... bukan ape , bukan yeyn nak jealous sangat pun .. okay yeyn mengaku yeyn tengah bercinta dengan staedtler 4B ..hehehe .. apa yang yeyn tengok , bercinta bagai nak rak , rak tinggi2 ..dah tu Jejaka / Gadis is no longer in relationship " single " ..err macam mana la tu ? korang dah peluk2 bagai , dah spend masa ,DUIT banyak2 at last tak kemana pun haa.. sungguh buang masa ..

so pesanan ikhlas yeyn , yang masih dikerusi meja sekolah tu belajar belajar la bersungguh sungguh .. tak kisah la sekolah ke kolej ke , tapi kalau dah kat universiti tu lain cerita .heee

bercintalah dengan Allah swt , sesungguhnya cinta kita padaNya kekal abadi ^__^


notasaya::  yang pertama yeyn mintak maaf kalau ada yang terasa ..yeyn tada niat nak jatuhkan maruah sesiapa , tapi tak ke anda terfikir cara korang tu lagi la memalukan .. lagi satu ustaz ustazah penah kata kalau kita ada orang yang kita sayang tak kisah la boyfriend , girlfriend , suami , isteri , family ke sape2 la..jangan la kita sesekali letak gambar diorang kat tempat tempat umum macam kat laman laman sosial terutamanya sebab sesiapa je yang tengok gambar tersebut diorang pasti bersertakan doa .. contahnya macam " laki dia segak , bini biasa2 ja..hah tak lama dah depa esok lusa cerai la tu " okay itu contoh .. kitakan tahu setiap percakapan umpana satu doa ..kalau kita nak yang terbaik untuk diri kita , pandai2 la kita jaga sendiri  .. jadi renung2 dan selamat beramal .. Assalammualaikum ^__^

Cukai sana sini ..

Assalammualaikum korangg .. sihat tak ? jemput la makan biskut jacob cicah air suam ..sedapp ..hehe ..yeyn tak sihat ..batuk, selsema ..tak boleh nak minum air sejuk tengah2 panas ni .. haa bila cakap pasal panas ni teringat something ..isu yang tengah HOT sekarang ni . jeng jeng jeng.. turut dirasai oleh yeyn sendiri ...hahaha
isu reload prepaid ..

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan 
cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 SEPT.



http://www.mummynemo.com/2011/09/pembelian-tambah-nilai-prabayar-dan-permulaan-prabayarpek-sim-akan-dikenakan-cukai-perkhidmatan-sebanyak-enam-peratus-berkuat-kuasa-15-sept/




nak top up sekarang pun punya la merangkak menangis , dah tu ade yang sanggup ikat perut sebab girlfriend / boyfriend punya pasal -.-"
kenapalah diorang kenakan tax hah ? yeyn tak faham la ade sape2 boleh tolong explain dak ?



lepas ni yeyn mesti letak handphone merata rata ..hahaha.. yeyn rasa macam nak guna surat menyurat la lepas ni.. sape nak surat menyurat dengan yeyn tak ? hehe

What is ECZEMA ??


Selamat petang ..SELAMAT HARI RAYAAAAAA !!!! yeyn tada entri untuk raya :'( sebab tak sempat ..busy assignment ..buat assignment macam orang gila macam tada life ..hee hari ni sabtu , sapa kata yeyn tada assignment ade je haa tapi kejap lagi la buat..hehe :D :D

tiba tiba terfikir nak share dengan korang pasal ECZEMA .. korang tahu ? kalau tak menahu sila baca kat bawah .. sorry la eh kita speaking omputih la petang ni ... hehehe ..yeyn boleh terang sikit2 je la, eczema ni sejenis penyakit kulit , kulit jadi gatal2 , alahan pada makanan ke ..haa lebih kurang cam gitu la .. yeyn pun ada eczema tapi alhamdulillah tak teruk macam bawah ni SEBABNYA yeyn pandai pantang , pandai jaga permakanan .. haa .. tapi kalau sekali yeyn langgar pantang..Ya Allah , seksanya Allah je tahu .. mahu menangis 7petang 7 malam 7minit 7saat... ubatnya krim je la..ubat makan tade.. eczema ni memang tada ubat..setengah kata keturunan ..memang pun la..kalau si ibu ada asma , anak pun turut ada asma tak pun eczema ni...

haa pokcik pokcik , mokcik mokcik , kakak kakak , abe abe , adek adek jum la baca bawah ni ..

The meaning of the word “eczema” can cause confusion. Many people use this word to refer to a common skin condition called atopic dermatitis. When this is the meaning, the words “eczema/atopic dermatitis” may be used.

The word “eczema” also has a more general meaning. Eczema can mean a family of skin conditions that causes the skin to become swollen, irritated, and itchy.

Many skin conditions are considered a type of eczema. Atopic dermatitis is one type. Other types include hand dermatitis, nummular dermatitis, and seborrheic dermatitis. Dandruff is a mild type of seborrheic dermatitis. Diaper rash and the rash that many people get after coming into contact with poison ivy are other types of eczema.
What Eczema Looks Like
Jewelry can irritate the skin
Girl with atopic dermatitis
Jewelry can irritate the skin, causing the skin to become red and irritated. This woman developed a type of eczema called allergic contact dermatitis.
This 7-year-old girl has atopic dermatitis, a common type of eczema that usually begins by age 5.
Nummular eczema causes coin-shaped marks
Nummular dermatitis is a type of eczema that causes coin-shaped lesions on the skin.
What Causes Eczema?
What causes some types of eczema is clear-cut. One type of eczema, irritant contact dermatitis, develops after frequent exposure to a mild irritant such as a detergent or brief exposure to a strong irritant such as battery acid. Another type, allergic contact dermatitis develops when an allergen (substance to which a person is allergic) touches the skin. Common allergens include poison ivy and nickel. A nickel allergy is actually one of the most common causes of allergic contact dermatitis. Many everyday objects contain nickel, including coins, buttons, jewelry, and eyeglass frames.

The exact cause of other types of eczema is not fully understood. Researchers believe that atopic dermatitis develops when many factors combine. These factors include inheriting certain genes, having an overactive immune system, and having something that dermatologists call a “barrier defect.” A barrier defect is a term that means “gaps in the skin.” These gaps allow the skin to lose water too quickly. The gaps also allow germs and other things too small to see with the naked eye to enter the body.

Seborrheic dermatitis is another type of eczema that seems to develop when a number of factors interact. These factors include the person’s genes, yeast that live on human skin, stress, climate, and overall general health. Research shows that seborrheic dermatitis tends to be severe in people who have the human immunodeficiency virus (HIV). This indicates that the person’s immune system plays a role.
How do Dermatologists Diagnose Eczema?
If your dermatologist suspects any type of eczema, the doctor will take a complete medical history, ask about your (or your child’s) symptoms, and examine your (or your child’s) skin. This provides enough information to accurately diagnose many types of eczema.

If there are telltale signs that this is an allergic reaction, your dermatologist may order a test called the “patch test.” Patch testing can help identify everyday substances to which a person is allergic.

Sometimes eczema can be easy to diagnose, but a challenge to treat. Teaming up with a dermatologist can help.

Info taken from : http://www.skincarephysicians.com/eczemanet/whatis.html

Bolehkah Anda Tidak Bertudung Asalkan Bersolat Dan Hati Baik ?

Assalammualaikum ....
Isu tudung lagi ^__^hehe

9 Petua Dari Rasulullah SAW Untuk Mencapai Doa Yang Mustajab


Assalammualaikum ..Salam Jumaat ! Minggu ni nak share dengan korang petua doa mustajab ni .. tadi ada orang share dengan yeyn .. menarik , jadi yeyn ingat nak share ramai2 lagi .. ^___^ meh la baca

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]


2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]


4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]


5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]


6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,


Kemudian berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]


7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]


8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]


9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]


Wallahu’alam

Diari seorang pelajar : cuti 10 hari jewww

Esok Jumaat , esok baru nak shopping raya.. hee nak ikut ?

mengeluh emmm* ala napa la cuti kejap sangat ...10 hari je ? mana cukup .. tu belum tolak masa sembahyang raya, masa makan ketupat , masa makan rendang lagi, masa makan kuih beraneka jenis , masa tetamu datang rumah , masa pegi rumah sedara mara, masa pegi open house sana sini  ..hehehe ^__^
err haa masa buat assignment lagi .. dah la banyak pulak tu ..adoiii ... unfair betul ..kenapa la course lain cuti 2 minggu ?

tapi InsyaAllah 20sept pegi Terengganu dengan classmate & lecture sekali ..weeee .. tapi tapi bukan pegi bercuti pun pegi BELAJAR , setiap tempat yang bakal kitorang pegi nanti mesti or wajib ada tugasan.. buat lakaran tu buat lakaran ni .. tengok sudut sana tengok sudut sini , kena kaji bangunan tu bangunan ni... susah sungguh jadi budak senibina ni... -.-"

okaybyeee.. zzzzzz


err betul ke ? macam tipu ja -.-

100 things about me :)


ni sungguh bukan saya ^__^



1. Real name: Syazana  (sorry i cant show my full name ^_^ )


2. Nickname(s): Ana Syasya , Yeyn , 


3. Zodiac Sign: Cancer


4. Male or female: Female


5.Elementary School: Sk Seberang Jaya1
                                   Sk Bertam Indah


6. High School: SMK Sec 10, Kota Damansara
                        SMK Bertam Indah


7. College: College depan umah je haa :D


8. Hair color: black ofcourse


9. Tall or short: 155cm short


11. Sweats or Jeans: Jeans


12. Phone or Camera: Camera


13. Health freak: Sometimes


14. Orange or Apple: Orange ^_^


15. Do you have a crush on someone?: Yes kot ...


16. Eat or Drink: Eat. 


17. Piercings: yes.. ( just on my ears )


18. Pepsi or Coke : BOTH :)


HAVE YOU EVER?


19. Been in an airplane: ofcourse ! 3,4 years ago


20. Been in a relationship: i did but ....... :')


21. Been in a car accident: never ..and not hope for that 

22. Been in prison?: ofcourse NO. Do I look like a bad girl?


FIRSTS?


23. First piercing: yes


24. First best friend: Siti Nabila ( when i was 6 years old )


25. First award: in primary school .. i cant remember what award :D


26. First crush: Crush by David Archulate , am i right ? :D


27. First word : ABAH ! Ofcourse ..


LAST?


29. Last person you talked to in person: Adek.. just now


30. Last person you texted: Mary ( 2,3 days ago when i have my prepaid )


31. Last person you watched a movie with: Louise


32. Last food you ate: Kurma


33. Last movie you watched: Captain America 


34. Last song you listened to: If i die young (band perry)


35. Last thing you bought : Tudung Syria


36. Last person you hugged: Umi ( my bestfriend's mom )


37.Favorite Food: pasta pasta pasta


38. Drink: cincau selasih :D


39. Bottoms: -


40. Flower: rose rose rose ( my mom's name )


41. Animal : rabbit ! ^_^ so cute

42. Colors: PURPLE OFCOURSE !


43. Movies: horror movie , action movie , emm maybe movie about LOVE too ..


44. Subjects: English, Mathematics


HAVE YOU EVER:


(Put an X in the brackets if yes)


45.[X]fell in love with someone.


46.[ ]celebrated Halloween.


47.[X]had your heart broken.


48.[X]went over the minutes/texts on your cell phone.


49.[X]had someone question my sexual orientation.


51.[ ]got pregnant.


52.[ ]had an abortion.


53.[X]did something I regret.


54.[X]broke a promise.


55.[X]hid a secret.


56.[X]pretended to be happy. (always ^_^ )


57.[X]met someone who changed your life.


58.[ ]pretended to be sick.


59.[ ]left the country.


60.[X ]tried something you normally wouldn't try and liked it.


61.[X]cried over the silliest thing.


62.[ ]ran a mile.


63.[ ]went to the beach with your best friend.


64.[X]got into an argument with your friends.


65.[X]hated someone.


66.[X ]stayed single for 2 years


67. Eating: yes I love eating !


68. Drinking: fruit juice


69. Listening: Hitz.fm


70. Sitting/Laying: Laying :D


71. Plans for today: stay at home and finishing my assignment T_T


72. Waiting : i'm waiting for something that wont happen T_T


YOUR FUTURE:


73. Want kids?: maybe ..just 2 kids..


74. Want to get married?: em yes i do :D

75. Career: maybe an architect .InsyaAllah ^_^


76 Lips or eyes: Eyes .. i got short-sighted


77. Shorter or taller: i'm 155cm ..yeah i'm " TALLER "


78. Romantic or spontaneous: romantic i guess :D


81. Hook-up or relationship : relationship


82. Looks or personality: both


HAVE YOU EVER:


83. Lost glasses/contacts: Im not sure


86. Killed somebody: killed many people in Modern Warfare2 (i did just in game ONLY :D )


87. Broken someone's heart : err I'm not sure


88. Been in love: err am i ? with who ?


89. Cried when someone died: Yess someone that I really love :') (that was my mom )


DO YOU BELIEVE IN:


90. Yourself: Absolutely yesss


91. Miracles: err ..SK II product ??


92. Love at first sight: What meaning of LOVE ?


93. Heaven: Absolutely yess !


94. Santa Clause: hohohoho ..nonsence -.-


95.Sex on the first date: wadehek! 


96. Kiss on the first date: eeuwwww


TRUTHFULLY:


97. Is there one person you want to be with right now:  Abah ^_^


98. Do you know who your real friends are: i'm still searching


99. Do you believe in God: yes i do ^_^


100. Post as 100 truths?: Yeah,i will ^_^


no cheating i guess.. hehe ..yeah that 100 about me ^____^
Okaybyee

Indah bila wanita bertudung ni ..

bila cakap pasal bertudung ni mesti nak kaitkan dengan artis kan.. em kenapa meh ? err yeyn pun nak cakap pasal artis jugak la...hehe .. dah lama niat nak buat entri ni cuma tak terbuat je ..sebelum yeyn lelap, sajasaja nak buat entri pasal ni ..

jum jum layan ..tamau layan sudah .. ctrl + w pastu tido eh ^___^





  1. Catriona Ross
  2. Yuna
  3. Sheila Rusly
  4. Wardina
  5. Fida Ibrahim
  6. Irma Hasmie
  7. Farah Anuar
  8. Heliza


wahhh banyaknya gamba.. yeyn memang suka bab bab copy paste gamba ni ..hehe .. eh eh manis je kan bila diorang bertudung ..actually ramai lagi artis artis kita yang bertudung ni ..nak yeyn cari boleh tapi yeyn lupa la sapa lagi ..hehe

yeyn tengah tunggu beberapa artis artis ni bertudung ..wahh jeng jeng ..agak agak korang sapa eh ? ce korang  teka dulu .. teka la dulu ..kalau salah pun yeyn tak marah korang ^___^

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






ahakkkkss ..heee ..sapa tau kan satu hari nanti hati diorang terbukak nak peluk agama Islam .. SubhanaAllah ..bak kata Rihana; " Nothing impossible in this world " ..hehe

okay la korang ..yeyn nak beradu dulu
okaybyee~

Ingat , Hidup ini hanya sementara





Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu dengan kamu lagi selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci. Kembalilah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan... mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘Ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah
bahawa setiap muslim
adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia
kecuali dalam taqwa
dan beramal soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu telah kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku…
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahwasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba Mu…

Diari seorang pelajar : sakit sana sakit sini

dah terkehel kehel kepala otak yeyn duk memikirkan pasal assignment ni ..kalau la yeyn ada power macam harry potter...nah ' ting ting ting ting ' pastu tadaaa siap ..bahagianya hidup -.-

minggu depan hari isnin ..yeyn rasa ada exam untuk LA2 ni .. -.- ..projek untuk exam kali ni kena buat rumah banglo .. *tercengang empatpulohenam saat -.-* ..projek surau ni pun dah terkehel kehel ,terjengkek jengkek nak buat .. dah tu berkertas kertas berjaya yeyn sepah sepahkan ..heee ..yeyn punyala excited gay nak buat projek surau ni ...dah siap dengan site plan , floor plan , front elevation bagai......just kena tacaptacap sikitsikit la..pastu tiba tiba kena pulak buat lain..adehh spoil gila..sebab tu la yang habis berkertas kertas tu. ..sabar je la.. yeyn bukan jenis yang merungut *puji diri sendiri*..so dengan agak rajinnya yeyn pun buat baru..heee ..nak dapat markah tinggi please! yeyn dah betulbetul in love dengan course senibina ni .. dah rasa sebati adunan dengan jiwa yeyn ni *errr adunan?*

jadi dengan ini yeyn berazam nak siapkan esok sebelum ahad..ahad nak chillex ..lately ni yeyn selalu sakit kepala sangat sangat ..terasa macam nak hentuk hentuk kepala kat dinding ..emm seksanya belajar ^___^v

dah pukul 11 yeyn nak beradu arora dulu ..

okaybyee~

10more days to go ..

korang mesti excited nak raya kankan ? awwww ..eh jap jap ..kat tempat yeyn sekarang hujan .. ini tak bermakna yeyn tak solat terawikh ..kat rumah pun boleh buat ye dak ? ^__^


10more days to go ..tu je ayatayat orang buat status kat facebook .. menghitung hari la korang , diorang hingat nak raya je..yeyn tak terasa langsung pun nak raya...hehe ..maybe sebab frust gila dengan one taylor ni dia ukur baju raya yeyn salah .. kecik gila mcm pinggang kerengga ..adehhhh ..walaupun dah beli baju baru tetap tak terasa nak raya .. entah la napa .. kuih raya pun tada tahun ni .. "Untunglah sapasapa masih ada Mak /Mama/Umi/Bonda/Mummy/Ibu..and so on" ..

bila bercakap pasal 10 hari lagi nak puasa , maknanya ni adalah 10 malam terakhir .. malam dimana kita mencari LailaturQadar.. ^___^ .. sapalah yang bertuah ?

actually entri ni nak citer ..hari ni hari Jumaat ..Cuti yang tak disengajakan macam minggu lepas berulang lagi ...hehe ..yeyn habiskan sehari hari ni dengan kemas rumah je...berdobi bagai ..fuhhh penat .. penat yeyn sekali lagi berbayar dengan berbuka puasa sorang sorang lagi ...emm nasib nasib .. :D :D :D

yeyn sekarang dah jangan bebeno blogging ..bukan tade idea ..tada masa je .blogging pun pinjam lappy abg ..heee ...bila la Abah nak bagi yeyn lappy satu..emm satu je haa tanak lebih lebih pun...hehe

okay la korang yeyn nak sambung buat assignment .. nak siapkan pelan surau ..dah 2,3 keping kertas yeyn bazirkan -.- ..


okaybyee~

14 Ramadhan

Assalammualaikum korang .. sedar tak hari ni 14 Ramadhan ? cepat bebeno kan masa berlalu .. dah dua minggu kita umat Islam berpuasa .. err penuh ke puasa korang setakat ni ? heee ..


hari ni yeyn bebuka sorang sorang .. abah dgn adek pegi kL .. abg pulak on the way balik rumah dari Perak tapi tak sempat sampai sebelum waktu berbuka ..emm .. yeyn ada la sedih sikitsikit .. heee


hari ni hari kedua yeyn pegi bazaar sebelah rumah yeyn ni .. hehee ..kali ni pegi sorang sorang ..masa jalan tadi rasanya macam yeyn sorang je pegi bazaar sorang sorang , orang lain semua berteman , berkumpulan *heee .. tibatiba boleh rasa macam tada life -.- , dah la jap lagi nak berbuka sorang sorang ..
aishhhh why hah lately ni yeyn cepat sangat rasa sedih ? -.-


err tuka topik..haa yeyn ada soalan untuk korang ... jawab tau.. *ade ke yang sudi singgah blog yeyn ?*
Apa menu korang berbuka hari ni ?  dah bersedia ke nak bebuka ? hah jawab jangan tak jawab ^___^

Dikesempatan ini yeyn nak ucapkan SELAMAT BERBUKA PUASA untuk S E M U A .. sebelum makan nanti jangan lupa cuci tangan , baca doa tau ^___^

sebelum tiba waktu berbuka meh layan video kat bawah ni ..enjoy :D :D :D
Ok bye ..


Sesuatu yang tak disengajakan

Dah la sekarang tengah hujan .. sejuk lak tu ..yeyn pun layan la perasaan yeyn yang sayu lagi sedih ni T__T

benda ni dah jadi tiga kali dah .. sedihnya bukan kepalang lagi ...kalau tak sedar tapa, ni nampak sangat sangat ..
sampai hati korang buat yeyn cam gini .. kalau ade apa apa tak sedap mata korang memandang better cakap je terus...tak best la cam gini ..kitakan manusia biasa.. manusia yang sama sama buat salah ..yeyn buat salah, korang pun penah buat salah jugak kan ? kita ni mana boleh lari dari masalah ..kan kan ? bolehkan sama sama tegur ..

err ni masalahnya adalah tiga kali yeyn perasaan follower kurang .. yeyn tahu la follower yeyn pun tak ramai mana pun , cheputt jaaa....kalau yeyn ni macam FL ke ME ke tape la.. ni YEYN je ..* hehehe ..tibatiba bajet cam fames *

yeyn tahu sangat sapa yang unfollow yeyn tu .. yeyn bukan nak menuduh sapa sapa sebabnya yeyn sendiri pun tak kenal hamba Allah tu ..yang yeyn boleh kata adalah orang tu triple confirm die hard fan of JUSTIN BIEBER .. sebab yeyn cakap macam adalah ni kali kedua follower yeyn hilang sorang lepas yeyn cakap pasal JUSTIN BIEBER .. wakluuuuu! yeyn mana ada kutuk JUSTIN BIEBER korang pun ... kita ni cuma sama sama manusia yang sering melakukan kesilapan ..bukannya kita ni sama sama manusia yang mempunyai minat yang sama ..kalau kata satu dunia ni minat WAYNE ROONEY , sapa pulak nak minat KHAIRUL FAHMI CHE MAT ? haa ce story kat yeyn ? kita ni hidup kena positif ...

aisshhh tanak la emo emo sangat ..yeyn puasa ni ..tak pasal pasal yeyn berbuka time Jepun pulak..hik hik hik
Ok bye ..

Dani Shay's Got Talent

 " Whats is your name ? Dani Shay....not Justin Bieber ..you look alike Justin Bieber .. Justin Bierber look alike me  :D "

Pernah korang tengok show ni tak ? ce korang nengok ce korang nengok ... kalau yeyn salah sorang penonton kat bawah sana tu , rasanya yeyn sorang je akan BOOOOOOOOO kuatkuat andai kata Justin Bieber yang naik stage tu ..haha

walawehh DANI SHAY tuuu ...sapa dia ? mula mula ingatkan lelaki .. tibatiba terdengar ' young lady ' ..hah ? err okay ..tapi sampai sekarang macam '' biar betul ?? tipu lah '' hehe


Dani ShayJustin Bieber


**Dani Shay doesn't look like Justin Bieber.
   Justin Bieber looks like Dani Shay.


   There's a difference . :)





tibatiba rasa nak jadi peminat kipas susah mati DANI SHAY ..ahaakkkkk
OK Bye~