Kisah Drama Setia Hujung Nyawa by Suhan Movies

Assalammualaikum .. Kali ni hati saya terbuka nak cakap pasal drama yang digilai ramai iaita itu Setia Hujung Nyawa dislot Akasia tv3 by Suhan Movies. Cerita ni pun baru je habis semalam .. Bahangnya mungkin lagi terasa .. MOHON TV3 TUKAR SLOT AKASIA PUKUL 6-7 PETANG , TAKLAH TERGANGGU MASA MAGHRIB UMAT ISLAM . HARAP MAKLUM YE !

Pada saya drama ni best ! A few days ago saya terbaca dan tertarik pada beberapa tweets yang kutuk, puji drama Setia Hujung Nyawa . Ini pun boleh saya katakan pendapat masing masing . Macam macam tomahan dan cacian yang saya terbaca secara tak sengaja dilaman Twitter . Paling menarik adalah " Tunaikan fardhu maghrib lebih elok dari menonton drama maksiat Setia Hujung Nyawa" . Ayatnya lebih kurang saya pun lupa nak print screen . Ayat dia memang menarik . Dan dalam entri ni bukan pasal drama Setia Hujung Nyawa yang saya nak cerita tetapi tentang ayat orang tu ..

Saya nak tanya , drama apa yang tak ada unsur maksiat ? Beri saja apa pun tajuk drama atau filem semuanya berunsurkan maksiat . Kenapa ? Ye la yang berlakon tu bukan semua pelakon yang ada ikatan suami isteri atau keluarga yang sah . Betul tak ? Jadi secara ringkasnya semua tu maksiat la. Berpelukkkan sana sini , berpegangan tangan , bermesra bagai .. Kalau empunya ayat tu terbaca entri ni Mohon terbitkan drama atau filem yang tiada unsur maksiat .. Bagaimana ? Ajaklah semuaaaaaaaa ahli keluarga awak berlakon , so  tiadalah maksiat :)


Akhir kata , Kalau tak nak hati sakit campak TV anda ke laut .. Assalammualaikum :)

Facebook Comment Source : Facebook Comment

0 orang baik ✿: