Lilypie Angel and Memorial tickers

jum layan shisha

Assalammualaikum to reader sekalian ..


entri tuk hari ney syifa nak share pasal kegiatan hisap menghisap ney .. hisap apa ? shisha !! shisha !! haaa penahkan anda hisap benda alah tu ?? eeiiwww i ta kuasa ok .. HAHA .. tada baeknya layan shisha ney.. cayaa la .. penah gak orang kata layan shisha baek dari merokok .. uuuu pada hakikatnya pada benda alah yang namanya SHISHA dan juga ROKOK ... em ta kesah apa brand or apa apa perisa sekali pun .. benda alah tu tetap HARAM pada hakikatnya .. sebab .. benda benda alah tu bole memudaratkan kesihatan .. ye la kan .. bila sedut benda benda alah tu korang mesti layannn pastu khayalkan ? haa ..

pada korang yang rasa diri korang Islam yang layan shisha .. insaf insaf la eh ..
cuba korang baca sepatah dua kata kat bawah ney .. pe lagi scroll down la tetikus tu ..




Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?


Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:


يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)

Dan firmannya lagi:

ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)

Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)

Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawaban ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.

Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan..


sekian ,



syifasyazana


Facebook Comment Source : Facebook Comment

1 orang baik ✿:

dhiya aida said...

shisha shisha -____________-
xde faedah hoho