Lilypie Angel and Memorial tickers

Sifat Terpuji Rasulullah SAW Perlu Dicontohi Umat

Assalammualaikum .. Salam Jumaat tuk anda anda yang singgah sini dan membaca  ^___^

Tanggal 12 Rabi’ul Awal mengingatkan kita dengan kisah Maulidur Rasul atau kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sememangnya banyak pengajaran dan renungan yang boleh diambil dari sirah Nabi.
Buku-buku sirah kehidupan Rasulullah SAW seperti buku Raheeq al-Makhtoom (The Sealed Nectar) dan Biografi Muhammad bin Abdullah dapat digunakan sebagai bahan bacaan awal.
Bagi rujukan yang lebih mendalam berserta sedikit huraian dan pengajaran, buku Sirah Nabawiyah tulisan Mustafa Sibaie dan Fiqh al-Sirah tulisan Ramadhan al-Buti merupakan buku yang amat sesuai berpandukan manhaj yang telah dibawa Nabi Muhammad SAW.
Salah satu sifat terpuji Baginda Rasulullah SAW tercerna dari kejujuran serta niat ikhlas beliau.
Dalam hadis sahih ada menceritakan tentang peristiwa pembedahan dada Nabi Muhammad SAW oleh malaikat Jibril A.S. ketika baginda masih kecil dan dalam penjagaan ibu susunya, Halimatus Sa’adiah. Kisah ini membawa beberapa pengajaran penting.
Pertamanya peristiwa ini merupakan salah satu dari ‘alamatun nubuwwah, atau tanda-tanda kenabian pada nabi sejak kecil.
Pengajaran kedua pula adalah untuk mengajar manusia tentang kepentingan menjaga dan membersihkan hati dari anasir-anasir kejahatan dan keburukan, dengan memasukkan dan menggantikan isi hati itu dengan anasir-anasir yang baik dan bermanfaat.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:
ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله
وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka rosak dan kotorlah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan itu adalah hati.”
Secara ringkasnya, jika ada tekad atau pengajaran yang ingin benar-benar ingin difahami dari sambutan maulidur rasul, pengajaran yang utama adalah supaya niat dan kejujuran disemai dalam diri masing-masing.
Firman Allah SWT dalam surah al-Shu’ara ayat 88-89 juga memberi kita peringatan yang sama yang bermaksud :
(يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ۬ وَلَا بَنُونَ (٨٨) إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬ (٨٩
“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).”
Kita mahu diri kita menjadi tauladan kepada ummat manusia secara keseluruhan seperti mana yang telah ditunjukkan oleh baginda.
Tiadalah yang lebih benar dan berkuasa daripada Allah SWT yang berkuasa mutlak dan telah menciptakan kita lalu meminjamkan pelbagai nikmat untuk digunakan dengan sebaiknya.








Facebook Comment Source : Facebook Comment

0 orang baik ✿: