Lilypie Angel and Memorial tickers

Hati bersuara . . . .

Saat mentari menguak kegelapan malam
Saat pelangi muncul setelah gerimis
Saat tawa datang setelah keresahan
Kau dan aku masih di sini.

Damai biru lazuardi itu,
Tenang bumi hijau para anbia,
Embun menitis di akhir waktu,
Kuntum terakhir layu direntap gelora dusta,
Kau dan aku masih di sini.

Merentas butiran pasiran pantai,
Deru ombak melambai sepi,
Sesepi Sang Penanti yang tiada berkesudahan,
Semesra angin semilir meraup wajah dan airmata ini.

Sesetia bintang di kepulan gemawan hitam,
Sesetia ombak merobek pasiran pantai,
Sesetia mentari terbenam di ufuk barat,
Kau dan aku masih di sini.

Jangan pernah ditangisi,
Jangan berterusan diragui,
Untaian pengharapan doa,
Segagah tahajud rindu,
Agar kita SAHABAT selamanya.

*Dedikasi khas buat pemilik cintaku selepas Allah, Rasulullah
SAW & keluargaku. Moga kita akan terus bersama dalam medan
perjuangan ini dalam mencari erti makna cinta sebenar & dalam
memaknakan sebuah kehidupan sebagai khalifah di muka bumiNYA


Facebook Comment Source : Facebook Comment

2 orang baik ✿:

∞ Blue Aggashi ∞ said...

buat sendiri ke? pandai nye.. :)

Myanaa Mi said...

@ekin ekin
bukan karya sendiri.. ni karya abg yeyn .. dia yang buat .. ^__^