Lilypie Angel and Memorial tickers

MALAM LAILATUL QADAR


993. Dari Abu Salamah r.a.,katanya : " Saya bertanya kepada Abu Sa`id sahabatku. Katanya : Kami beriktikaf bersama Nabi SAW pada sepuluh pertengahan dari bulan Ramadhan.Beliau keluar pagi hari yang kedua puluh lalu berkhutbah di hadapan kami.
Sabda beliau," Di perlihatkan kepadaku Malam Qadar. Kemudian aku lupa malam itu, Carilah dalam sepuluh yang akhir pada bilangan ganjil. Sesungguhnya aku melihat, bahawasanya aku sujud dalam air dan tanah. Barang siapa biasa beriktikaf bersama Rasulullah SAW, maka hendaklah ia kembali."
Kerana itu kami kembali dan tiada kelibat awan yang boleh dilihat oleh kami ketika itu....Tetapi tiba-tiba awan segera datang dan hujan turun dengan lebatnya sehingga air mengalir pada bumbung masjid, sedangkan bumbung masjid itu dibuat dengan pelepah tamar sahaja.
Kemudian orang iqamah untuk solat. Saya melihat Rasulullah sujud di air di atas tanah yang berlumpur, sehingga saya melihat bekas tanah itu di kening beliau.

Riwayat Bukhari


Facebook Comment Source : Facebook Comment

2 orang baik ✿:

Amir Syahir said...

sama-sama kita tingkatkan amal..hee

Myanaa Mi said...

@hiro

yaa .semoga amalan kita diterima oleh Allah swt ..InsyaAllah :)