Cinta Sejati

Assalammualaikum semua .. sebelum yeyn ber- sleep beauty kan ... nak share something dengan korang .tadi yeyn scuba kat google sambil menghayati keindahan keboringan ..

cinta itu tidak buta tetapi cinta itu satu pembelajaran ..sebab kita bercinta..then kita belajar mencintai , menyayangi , keikhlasan , menghargai , berkerjasama , berdisiplin ...dan lain2 lagi  ^___^
nah yeyn nak share apa yang yeyn terjumpa , terbaca, tersebak , ternangis , terharu .....then terfikir nak share dengan korang ,

,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.
Di keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok membersihkan
sebuah kubur yang kelihatan agak lama. Walaupun kelihatan agak usang, kubur tersebut
bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan sesiapa, lelaki itu terus sibuk sambil
tangannya yang kasar pantas mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur
tersebut.
Setitik demi setitik air mata suam kelihatan menitis mengalir turun menuruni pipinya.
Setelah selesai kubur tersebut dibersihkan, lelaki tersebut duduk bersila sambil membaca
Yasin dan doa dipanjatkan. Selesai membaca Yasin, dicapainya bekas air berisi rendaman
bunga mawar lalu dicurahkan ke atas batu nisan sambil tangannya menyapu-nyapu bersih
batu nisan tersebut. “Zura, Selamat Hari Raya sayang. Abang datang lagi hari ni, macam
biasa. Abang masih lagi sayangkan Zura dan abang akan sayangkan Zura hingga ke akhir
hayat abang” lelaki tersebut tiba-tiba bersuara, sayu. Lelaki tersebut menarik nafas
panjang. Matanya yang berair itu memandang ke arah batu nisan di kuburan itu dengan
pandangan yang kosong.
Fikiran beliau mengimbau ke suatu masa sepuluh tahun yang lepas.
Sepuluh tahun lalu....

,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,
amacam menarik tak ? korang nak baca lagi ?nah korang pegi kat link bawah ni, then sediakan tisu bebanyak eh .. selamat membaca.. 

walaupun ni hanya cerita tetapi wujud kat dunia realiti tapi tak semua hadapi..yang hadapi..Ya Allah je tahu betapa perit lagi tabah hati diorang tempuhi semua dugaan yang Allah bagi  ^____^


okay la semua yeyn beradu dulu *sambil menguap*
mengantuk yang tersangat - sangat
GoodNight darla & darling
Thanks membaca.




Facebook Comment Source : Facebook Comment

0 orang baik ✿: