Hukum Anjing Menurut Syarak


.:: Video ni sekerat je haa ..sebab ni baru part 1 dari  7 , rajin rajin la tengok yang lain juga ::.
http://www.youtube.com/user/nasiruddien

HUKUM ANJING MENURUT SYARA
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BERMANHAJ SALAF

Dalam apapun persoalan agama, setiap mukmin wajib berpandu dan menyelesaiakan segala perkara yang timbul melalui al-Quran dan al-Hadith yang sahih. Setiap mukmin wajib mengimani keputusan yang ditetapkan oleh kedua-dua sumber hukum tersebut. Tidak sepatutnya bagi setiap mukmin terus menerima fatwa tentang najis atau sucinya sesuatu benda, serta haram atau halalnya sesuatu perkara jika sesuatu fatwa tersebut tiada landasannya dari al-Quran atau al-Hadith. Termasuklah yang bersangkutan dengan isu anjing.

Sesuatu fatwa sama ada yang menghalalkan, mengharamkan atau menajiskan, hanya dapat diterima apabila disertakan dengan keterangan (dalil) yang bersumberkan dari al-Quran atau al-Hadith yang sahih sahaja.

Menghalalkan atau mengharamkan sesuatu dalam agama termasuklah menganggap suci atau najisnya sesuatu benda jika tidak diambil dalilnya dari al-Quran atau al-Hadith, maka hukum tersebut dianggap suatu yang diada-adakan atau bid'ah.

"Padahal Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang telah diharamkan kepada kamu". AL 'ANAM, 6:119.
Semua persoalan agama telah diselesaikan oleh Allah dan RasulNya melalui kitabNya. Sebagaimana firmanNya:

"Hanya sesuatu yang halal itu ialah yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya, dan sesuatu yang haram itu hanyalah sesuatu yang telah diharamkan di dalam kitabNya. Dan apa-apa yang tidak disebutkan oleh-Nya (Allah) maka itu adalah sesuatu yang dimaafkan(dihalalkan) bagi kamu". (H/R Ibn Majah.)

"Yang halal itu telah jelas (di dalam al Quran dan al Hadith) dan yang haram itu telah jelas. Di antara keduanya ada perkara-perkara yang samar-samar, tidak mengetahui kebanyakan dari kalangan manusia apakah itu halal atau haram? Sesiapa yang meninggalkan perkara (seperti) itu ia telah menyelamatkan agamanya dan maruahnya, maka dia telah terselamat. Sesiapa yang menjatuhkan dirinya pada sesuatu perkara seperti itu ditakuti ia telah melakukan yang haram ". (H/R al Bukhari dan Muslim.)

Facebook Comment Source : Facebook Comment

0 orang baik ✿: