Lilypie Angel and Memorial tickers

PRAMUGARI DAN ULAMA'

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau sedang mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang oramugari telah ternampak perbuatan ulama' itu lalu menegurnya...

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu, sebab mengotorkan sinki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki! 

Ulama' : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama' : (Dengan sifat bersahaja) saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!


Facebook Comment Source : Facebook Comment

0 orang baik ✿: